Wednesday 18 February 2009

Nak salah siapa??

Cuba anda selak dibahagian belakang muka surat setiap akhbar harian Melayu. Apa yang anda lihat? Berita pasal sukan kan...tapi bukan itu yang sebenarnya yang saya maksudkan. Cuba lihat betul² ada kotak² iklan kecil di bahagian tersebut. Mereka iklankan apa disitu? Nombor ekor 4D. Dari keputusan 4D sehinggalah iklan khidmat SMS ramalan nombor ekor yang bakal keluar. Apa relevannya meletakkan iklan nombor ini dalam akhbar Melayu. Oh...ini akhbar Melayu, bukan akhbar Islam. Tapi bukankah kita mengerti bahawa Melayu itu orang Islam? Memang diakui bukan semua Melayu mengamalkan ajaran Islam sebenar-benarnya. Kalau tak masakan ada berlambak gejala sosial dan rasuah dari kalangan orang Melayu.

Hentikan saja iklan-iklan ini ( nak suarakan kepada siapa ye???) dan kadang-kadang di bahagian hiburan pula diletakkan gambar artis dengan gaya yang boleh 'menggetarkan iman' tak kira la artis luar negara ke tempatan ke.. Padahal boleh letakkan gambar yang lebih sopan dan sedap mata memandang(Jangan kata gambar-gambar yg sopan tak ada dalam simpanan..penipu besar kalau takda). Lepas tu menjadi ikutan pula oleh anak-anak muda kita. Lepas tu orang-orang tua kita dok membebel pasal kes rogol la, anak mengandung luar nikah la..kalau kita pandai jaga, insyaallah elok.

Kita nak bangsa kita berjaya, senonoh dan berperibadi tinggi tapi kalau berterusan perkara seperti ini dianggap remeh dan masih lagi bersikap 'TAK APA', kita sendiri yang menjatuhkan martabat bangsa. Jangan salahkan orang lain kalau hak kita dirampas suatu hari nanti dan kita menjadi bangsa yang 'low standard'..

No comments:

Post a Comment