Saturday 21 February 2009

X-PLUS


tadi baca majalah Remaja. Biasalah bukunya pun tajuk Remaja, sudah tentu isi kandungannya tentang remaja. Cantik pula bila tengok model gayakan baju2 fesyen terkini. Teringin juga la nak mencuba. Tapi macam tak kena gaya pula..hihi..ha sebut pasal model..selalunya mereka yang jadi model ni badannya solid, cantik dan tinggi. Kalau tak ada ciri itu jangan harap la anda akan jadi model..jadi terfikir juga sekarang ni adakah bersaiz “X-PLUS” itu satu tekanan dan tak boleh nampak menawan????

Sememangnya sudah menjadi sifat manusia sukakan pada kecantikan. Semua orang impikan badan yang ‘solid’, kulit yang putih, tinggi lampai dan sebagainya. Oleh karana itulah apabila kita merasakan diri kita terlalu banyak kekurangan seperti bersaiz X-PLUS mulalah perasaan rendah diri dan hilang keyakinan diri itu datang. Kadang-kadang malu nak berhadapan dengan orang, dihadapi oleh golongan X-PLUS, tambahan pula apabila ada insan-insan yang merasakan diri mereka terlalu sempurna yang sering menjadikan golongan X-PLUS ini sebagai bahan ejekan dan gurauan. Tapi golongan ini tidak perlu merasa tertekan kerana semua ini boleh diatasi dengan yang pertama tampil bergaya. malu nak minta kerja dan segala-galanya malu.sikap ini memang biasa Pakailah baju yang selesa untuk anda. Jangan takut untuk berfesyen! Di luar sana banyak baju2 yang cantik dan sesuai untuk anda. Ok yang kedua pula keyakinan diri. Untuk kenal pasti keyakinan diri anda mengenal pasti keistimewaan diri anda. Contohnya, mungkin anda cute,lemaFont sizeh lembut kebijaksanaan @ pada suara anda yang lembut.ini semua boleh membantu meningkatkan tahap keyakinan diri anda. Yang ketiga perlulah bersifat terbuka. Pedulikan kata-kata orang. Anda hanya perlu pandang ke hadapan tanpa menoleh kebelakang dan jangan terlalu sensitif dengan kata-kata mereka!! Yang keempat dan saya rasa paling penting buang rasa rendah diri. Anda masih seperti orang lain, tidak ada apa yang membezakan anda dengan orang yang kurus. Jika anda rasa anda mampu lakukan sesuatu jangan takut untuk teruskannya ya..kerana belum tentu yang kurus dan cantik itu akan Berjaya dalam setiap yang dilakukan. Yang terakhir..bercinta..selalunya ramai golongan X-PLUS takut untuk bercinta kerana merasakan diri kamu kurang segalanya. Ketepikan perasaan itu, kamu juga ada hak untuk bercinta sama seperti orang lain. Tidak kirala bagaimana pasangan kamu yang penting biarlah dia menyayangi kamu sepenuh hatinya.


No comments:

Post a Comment