Saturday, 21 February 2009

perlu tak beli barang mahal???

banyak pula benda yang saya rasa nak cerita hari ini..semua orang mesti suka membeli-belah kan? Saya suka sangat..tapi mungkin pandangan setiap orang berbeza..bagi saya tak perlu beli barang yang mahal dan berjenama asalkan cantik, berkualiti dan menarik pada pandangan mata..betul tak???

Tetapi ada juga yang pentingkan jenama dan harga sesuatu barang yang mereka hendak beli. Kononnya baru nampak ada ‘standard’ pakai barang yang berjenama. Tidak ada istilah barang cikai dalam hidup mereka. Tapi ini cuma pandangan orang. Tidak salah rasanya memilih barang yang elok walaupun terpaksa berbelanja lebih. Macam nak beli barangan elektrik, tak kan kita nak beli barang yang murah dan tidak ada jenama?? Kononnya nak berjimat la, tapi sekali benda itu MELETUP!! Ha sesen pun tak guna tau. Silap hari bulan boleh hilang nyawa.


Cuma yang saya selalu ingatkan dekat diri sendiri jangan membeli di luar kemampuan dan berlebih-lebihan. Saya tahu semua perempuan mempunyai naluri yang sama..ingin kelihatan cantik..tapi ingat!! kita masih boleh kelihatan cantik dan menarik jika kena gayanya. Tidak perlu saluti badan kita dengan emas, berlian, barang yang mahal-mahal asalkan bijak memilih apa yang sesuai untuk diri sendiri..

No comments:

Post a Comment