Saturday, 21 February 2009

info-kenali kanta lekap anda..

bosan betul la hari ini..disebabkan tak tahu nak buat apa jadi saya nak update blog saya ni..HIHIIHI..seronok juga bila menulis ni..;-) tapi sekarang ni cuma nak berkongsi informasi tentang kanta lekap sebab tengok memang ramai sekarang ni yang pakai kanta lekap..orang yang dulu pakai cermin mata pun dah beralih kepada penggunaan kanta lekap..macam2 warna la dapat tengok dekat mata diorang..tapi semuanya cantik2 kan?saya sendiri pakai cermin mata tapi tak terfikir lagi nak pakai kanta lekap sebab saya ni bukan rajin sangat nak berenyah dengan benda tu yang perlu ketelitian sewaktu penggunaannya...;-) kalau tak jaga betul2 nanti kena jangkitan kuman dekat mata pula..takut! mmm tapi tak semua orang yang tahu pasal kanta lekap ni..ini ada info skit yang boleh dikongsi bersama

Apakah itu Kanta Lekap?Kanta lekap ialah kepingan plastik nipis dan melengkung yang dilekapkan terus ke bola mata bagi memperbaiki penglihatan. Kadangkala disebut juga sebagai kanta sentuh.Siapa yang perlu memakainya?
  • Individu yang menghidapi keratokonus. Individu yang mempunyai bahagian tengah korneanya beransur-ansur mengunjur keluar. Biasanya dengan pemakaian kanta lekap ini penglihatan adalah lebih baik dari memakai kaca mata.
  • Individu yang mengalami afakia. Individu yang kanta matanya telah dikeluarkan. Memakai kanta lekap ini akan memberi manfaat kepadanya.
  • Individu yang mempunyai parut di korneanya. Memakai kanta lekap akan dapat memperbaiki penglihatannya.

Siapa yang tidak patut memakainya?
  • Individu yang menghadapi masalah dalam mata atau kornea, jika pemakaian kanta lekap berkenaan ialah untuk tujuan hiasan atau kosmetik.
  • Individu yang menghidap konjunktivitis kronik, blefaritis, jangkitan kuman virus, bakteria dan kulat yang berulang-ulang, mata lambat berkelip atau tidak dapat berkelip dengan sempurna.
  • Individu yang menghadapi masalah pengeluaran air mata yang tidak mencukupi atau tidak normal.
  • Pesakit diabetes tidak harus menggunakan kanta lekap.
ok ini sekadar pendahuluan tentang kanta lekap la orang kata..nanti saya akan beri pula info tentang jenis kanta lekap dan kegunaannya. Tunggu ye?

1 comment:

  1. elak guna tulisan warna kuning kalau background putih.

    ReplyDelete