Monday 23 February 2009

UBAH BUDAYA - SAMBUT HARI LAHIR MENGIKUT BULAN ISLAM


18/2 hari tu hari jadi budak bilik saya FIZA..jadi ada la beli kek dan makanan ringan sedikit..seronok sangat.. hurm..jadi rasanya setiap tahun mesti semua orang akan sambut hari lahir tak kira la bagaimana cara sambutannya..mungkin ada yang suka sambut dengan keluarga, kekasih atau mungkin kawan-kawan..tapi cuba kita tengok walaupun kita orang Islam tapi kenapa kita tak sambut hari jadi ikut bulan Islam?mungkin ada yang kata sebab negara kita tak guna kalendar Islam, jadi kita sendiri tak tahu bila tarikh lahir kita dalam bulan Islam..tetapi apa kata mulai hari ini kita ubah gaya itu..sekarang dah moden tak payah nak congak dengan jari nak kira tarikh lahir kita yang berpuluh tahun dulu tu..guna sahaja internet untuk dapatkan tarikh sebenar kita lahir dalam bulan Islam dan siap dengan hari sekali tau..saya dan budak2 bilik pun dah cuba..kami cari kat islamic finder..memang semua macam teruja sangat nak tahu..hihi..siap suruh cari mak ayah punya la,adik beradik dan dah tentu kekasih hati sekali..hahaha...saya lahir pada bulan Ramadhan dan lahir hari Sabtu..ada la skit yang kami dapat rahsia bulan kelahiran dalam Islam..tapi jangan percaya 100%..Allah dah tetapkan yang terbaik untuk umatnya..
Muharram.Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak
mendapat didikan yangsempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yangpintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginanyang baik dan selalu berada dalam selamat.
Safar.
Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiatburuk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susahdi kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
Rabiul Awal.
Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkatbesar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpadiduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
Rabiul Akhir.
Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dankemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukarkerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukarandalam mendidiknya.
Jamadil Awal.Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Diaberani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yangbodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dantekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yangmenemui kegagalan juga.
Jamadil Akhir.
Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagaikepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa diasalah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapibila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidakmahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlumendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnyayang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
Rejab.
Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patutmendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkannilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia sukabersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walaubagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
Sya’aban.Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalahsemasa bermain dengan
kawan-kawan. Kelakuannya baik,berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masadewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
Ramadhan.
Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidakangkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
Syawal.
Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak sukadikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakanhidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknyadengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
Zulkaedah.
Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik padadirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapathasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh keranabanyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadikeliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
Zulhijjah.Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannyasendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkalaterlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh keranadia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Diaseringkali menyesal kerana kurang
hati-hati dan kurang pertimbangan

No comments:

Post a Comment