Wednesday 22 February 2012

INNER BAWAL

Assalamualaikum..sekarang tira ada jual inner bawal..mungkin ada yang tak pernah cuba lagi..tapi put trust on me, inner bawal sangat senang nak dipakai dan bentuk..boleh wat muncung ( ni ramai yg nak). inner bawal ni sebenarnya pengganti inner syria, lycra, jersey, awning( yg jenis melekat kt muka dan bagi yang bermuka bulat agak tak sesuai nak memakainya)..Jadi apa kata anda semua cuba inner bawal dengan harga bermula RM9 sehelai postage RM6..ambil 5 pcs RM50 inc postage..10 pcs dapat beli dengan harga RM8.50 sehelai..berminat boleh inform tira ye..

Saturday 25 September 2010

lamanya tak bukak blog

wah!!!!!!!!! lama jugak ak tak bukak blog....dulu wat pn sbb wat blog ni one of my assignmnt yang kena bagi lectrer tgok..=)
bila dah siap n dapat markah pe lg, 'lantak kt ko la wahai blog" hehehe..
lepas setahun baru hari ni ada ksedaran nk update blog blik..
janji ak arini...
dengan ini saya!!!! berjnji akan update blog at least skali seminggu..~~~ (,")

Saturday 18 July 2009

kEReta, LaPTop N DUIT???

humm ak bru blik dr amik lptop ak ngn tsya n printer rock skli..lth nye..smggu nih dh 4 kali ak sewa keta..ak sewa dgn owner yg sma, g stsyn myk yg sma..naik segan gak ak..cuma ak kuar ngn org yg b'lainan..isnin ngn ruby,lia,julia,shelly n tikah..khmis ngn intan, ruby, n ekin..jmaat ngn yani,tsya..ha rini sbtu kuar ngn as n tsya..sewa keta sejam rm6 myk kompem2 kna buh at least rm 3 la..cm isi motor je ak wat..hihi..byk gak duit ak hbs mggu ni..tp tkpela pkir tlg kwn2 je pn..dh msing2 tkder lesen keta..nk bli brg naik bas sush..nk bli printer la apa ritu..humm ckp sAL LPTOP mmg byk sgt bnda yg ak tktau..ak g antar frmat kt kdai jay komputer kt segamat..ok sgt service dia..thkns ajay n frens tlg kitorg trg sal suma hal tntg lptop..diorg brbgsa india, wlupn beza bgsa tp mmg ak n tsya puas hati giler lynn diorg..sggup lyan suma soklan2 yg tk brapa nk crdik ktorg tu..hihih..diorg sgt baik,sgt ramah..juz rm30 frmat. buh external ink rm150..td ajay pn ada ckp sal broadbnd..dia promote gak la..tp ak pn dh ada..juz dgr jela..dia ckp wimax nye broadbnd ok..dia dh trg2 ak phm gak la skrg kalo nk bli broadbnd nti..tkla tertipu..humm dia ada ckp gak sal window bru..apa ntah namanya..ak lupa ada seven gak la kt blkg nama tu..tp dia kta bln 10 or 11 bru ada full version..ajay ckp wndow tu ok dr xp n vista..humm ajay pn siap kira2 utk ktorg kalo guna ink refill bpe hrga yg ptt di jual..dak2 sini jual 10-15sen 1 paper..dia ckp rugi kalo cmtu..at least kna 30sen or 20 sen black ink..ak kna inform kt rock nih..ckp sal duit,, ak ni jnis tk bkira gak la utk bwk kuar duit asalkn dpt yg bgus n best pnya brg..ada stgh ckp rm30 frmt mgkn mhal, tp bg ak asal ak puas hti pe yg ak dpt i dun mind sal duit yg kna bwk kuar dr ak wat yg murah tp bnda yg sama jd blik rosak la apa..pe2 pn ak puas hati ngn ajay nye service n diorg tk sama dgn kdai2 srvce kmptr yg ak pnh pgi b4 this.. ;)

Tuesday 24 February 2009

KIRA TARIKH LAHIR UNTUK KENAL DIRI

dulu sekolah saya memang rajin sangat jemput penceramah dari luar..ada satu hari tu,masa lepas PMR banyak la aktiviti yang cikgu saya buat..memang semua wajib hadir..sekolah perempuan memang ketat sikit peraturannya..yang paling best penceramah hari tu ajar kira tarikh lahir yang sebelum ni memang tak tahu ape2..macam ni kira nya...katakan tarikh lahir 7/5/1988 jadi kira 7+5+1+9+8+8=38 lepas dapat 38 buat pula 3+8=11, lepas tu kira lagi sampi nombor tu tidak boleh di tambah dah 1+1=2..jadi nombor diri kita 2..lain orang lain la nomborny tau..tarikh lahir orang pun lain2 kan? ni ada info tentang diri berdasarkan nombor yang kita dah kira tu.

1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. * Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. * Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. * Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. * Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. * Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. * Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. * Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. * Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria - Golongan yang idealistik. * Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. * Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. * Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. * Mereka sangat popular dan idealistik. * Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. * Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. * Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. * Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. * Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. * Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. * Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis - Mereka adalah perintis. * Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). * Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. * Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. * Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. * Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. * Mereka suka seni muzik. * Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. * Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual - Golongan ini adalah Pencari. * Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. * Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. * Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. * Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. * Mereka sangat suka berahsia. * Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. 8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. * Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. * Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. * Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. * Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. * Mereka sangat penyayang dan pemurah. * Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. * Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. * Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. * Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

Monday 23 February 2009

GERAK JARI SINGKAP RAHSIA DIRI?



Tadi masa kelas IS saya mengantuk sangat..hihi..mesti Puan pun perasan agaknya..tapi sempat juga la tengok gelagat kawan2 dalam kelas..jadi teringat pula masa zaman sekolah dulu2..saya dengan geng saya memang suka duduk belakang la..tempat depan semua chinese yang cop dulu..dah duduk belakang ni faham-faham jela dalam cikgu tengah mengajar tu memang sempat mata ni meliar tengok orang la, mengusik orang la..selalu dalam kelas yang kat makmal la..yang paling saya ingat cikgu fizik saya EN GOH..uiii dalam kelas dia memang pantang menongkat dagu..siapa yang buat memang kena la dengan dia..jadi semua orang memang tak buat la..tapi kadang-kadang dah boring sangat terlupa juga la..dan dah tentu kena tegur..hihiihi..ha disebabkan saya ni suka duduk belakang jadi boleh tengok ada yang kawan2 suka gigit kuku,menongkat dagu la, dan macam2 stail lagi la..bakyah kawan baik saya lak suka gigit kuku..dah penat tegur ni, tepi buat juga..hari tu masa sembang dengan peah,teesya, jabin dengan seha terfikir pula nak cuba cari pasal perbuatan yang kita buat tu ada kaitan ke dengan peribadi kita..peah dengan seha pun kelam kabut la pergi cari..hihi..memang nasib baik..rupanya betul gerak jari atau tangan kita tu memang ada kaitan dengan peribadi kita..antaranya: ;-)


  • Memicit atau memegang hidung. Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan org lain kecuali orang yang benar-banar dipercayai.

  • Meletak tangan pada bahu kawan.Suka ikut kepala sendiri. Pentingkan diri sendiri. Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yangdihadapi oleh teman-teman rapat.

  • Bermain dengan tangannya.Mempunyai tahap humor yang tinggi. Pandai berjenaka.Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.Jenis open minded.

  • Mematahkan jari jemarinya.SeorText Colorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan org lain. Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

  • Menggigit kuku. Gugup dan gementar bila berbicara.Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

  • Memintal hujung rambut.Suka berkhayal.Sukar diperdayakan.Keras kepala.

  • Menongkat dagu.Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.Suka mendengar masalah teman-teman.Setia dalam persahabatan.

  • Suka letakkan tangan atas meja.Happy go lucky dan pandai menyesuaikan diri.Peramah.Suka bergantung pada orang lain.

  • Menggosok telapak tangan.Ramah dan berfikiran matang.Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

  • Memutar cincin.Sangat menepati janji.Berhati-hati dalam tutur kata.Gemar hidup yang teraText Colortur.

MANUSIA SEMAKIN KEJAM?


KOSMO hari ni 23/2/09 muka depan terpampang tajuk depan Bayi Setahun Derita Cabul..sedih dengar berita macam ni..kenapa perlu babitkan kanak2..mereka belum sempat pun nak merasa nikmat hidup, tapi hidup tak sampai setahun dah nak kena tanggung sakit, malu akibat perbuatan manusia yang tak guna!.apalah yang budak tu tahu melainkan menangis kalau sakit..itu je yang mampu dia buat..mak ayah budak ni pun sedar lepas perasan perubahan anak mereka yang dari riang dan aktif menjadi pendiam, demam dan selalu menangis..rasanya sekarang jangan percaya lagi kepada sesiapa pun..baik ahli keluarga ataupun orang luar..mereka ini boleh buat apa sahaja untuk puaskan nafsu mereka tanpa kira sesiapa pun..jadi jaga lah anak dan adik2 elok..