Tuesday 20 January 2009

ur personality??

hai!!

1 comment:

  1. setiap tahun kita mesti sambut hari lahir kan?? mungkin ada yang sambut secara besar-besaran,mugkin ada yang jenis tidak ambil kisah semua tu..tapi aku yakin semuanya sambut bedasarkan tarikh lahir mengikut kalendar kristian..ape kata kita tukar budaya tu? cari balik pada bulan islam yang mana kita di lahirkan..bulan syawal,bulan zulkaedah atau mugkin bulan muharam? aku ada sediakan sdekit info tentang peribadi orang yang lahir dalam bulan-bulan islam ini..tapi ingat!!! jangan percaya..sekadar bertukar pandangan dan ilmu yang ada ok!
    Muharram
    Bersifat pendiam, sihat fikirannya. Mungkin akan
    menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang
    sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik,
    dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang
    pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan
    yang baik dan selalu berada dalam selamat.
    Safar
    Tabiatnya buruk. Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
    lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat
    buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah
    di kemudian hari. Walaupun begitu, sekiranya dia
    melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya
    ianya akanmendatangkan hasil.
    Rabiul Awal
    Perwatakannya baik. Mungkin dia akan mendapat pangkat
    besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa
    diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka. Sifat negatif
    dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan
    mudah marah.
    Rabiul Akhir
    Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap. Fikiran dan
    kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya,
    mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar
    kerana tabiat buruknya itu. Ibubapa menempuh kesukaran
    dalam mendidiknya.
    Jamadil Awal
    Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi. Dia
    berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang
    bodoh atau bahaya. Walaupun begitu, keberanian dan
    tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang
    menemui kegagalan juga.
    Jamadil Akhir
    Wataknya berani, dia hormatkan orang lain. Berbagai
    kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia
    salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi
    bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak
    mahu mengalah. Semasa kecilnya, ibubapanya perlu
    mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya
    yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa
    dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
    Rejab
    Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut
    mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan
    nilai-nilai yang baik. Ketika sudah dewasa, dia suka
    bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
    Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau
    bagaimanapun hidupnya selamat dan sentosa.
    Sya’aban
    Perwatakannya baik. Hidupnya selamat dan rezekinya
    tidak putus-putus. Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah
    semasa bermain dengan kawan-kawan. Kelakuannya baik,
    berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya. Masa
    dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan
    mudah mendapat rezeki.
    Ramadhan
    Dia baik, pendiam, suka merendah diri. Dia tidak
    angkuh kepada teman yang dikenalinya. Dia tidak suka
    menonjolkan diriya. Kehidupannya selalu selamat.
    Syawal
    Perwatakannya keras. Hatinya keras. Dia tidak suka
    dikalahkan oleh orang lain. Hal ini membahayakan
    hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya
    dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
    Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai
    keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya
    dalam hal mencari rezeki.
    Zulkaedah
    Perwatakannya pendiam. Banyak perkara baik pada
    dirinya berubah menjadi buruk. Dia banyak berfikir,
    kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat
    hasil yang baik dalam kehidupannya. Tetapi oleh kerana
    banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi
    keliru. Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak
    berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
    Zulhijjah
    Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu
    baik pula. Dia sering mendapat padah dari perbuatannya
    sendiri. Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala
    terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya. 0leh kerana
    dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar
    mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia
    seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang
    pertimbangan

    ReplyDelete