Tuesday 24 February 2009

KIRA TARIKH LAHIR UNTUK KENAL DIRI

dulu sekolah saya memang rajin sangat jemput penceramah dari luar..ada satu hari tu,masa lepas PMR banyak la aktiviti yang cikgu saya buat..memang semua wajib hadir..sekolah perempuan memang ketat sikit peraturannya..yang paling best penceramah hari tu ajar kira tarikh lahir yang sebelum ni memang tak tahu ape2..macam ni kira nya...katakan tarikh lahir 7/5/1988 jadi kira 7+5+1+9+8+8=38 lepas dapat 38 buat pula 3+8=11, lepas tu kira lagi sampi nombor tu tidak boleh di tambah dah 1+1=2..jadi nombor diri kita 2..lain orang lain la nomborny tau..tarikh lahir orang pun lain2 kan? ni ada info tentang diri berdasarkan nombor yang kita dah kira tu.

1. Ketulenan - Hadir dengan idea baru. * Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. * Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. * Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. * Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka.
2. Pendamai - Dilahirkan sebagai diplomat. * Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. * Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. * Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. * Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria - Golongan yang idealistik. * Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. * Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. * Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. * Mereka sangat popular dan idealistik. * Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif - Golongan ini sangat peka dan tradisional. * Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. * Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. * Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. * Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. * Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. * Mereka harus belajar untuk lebih fleksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis - Mereka adalah perintis. * Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). * Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. * Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik - Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. * Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. * Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. * Mereka suka seni muzik. * Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. * Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya.
7. Intelektual - Golongan ini adalah Pencari. * Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. * Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. * Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. * Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. * Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. * Mereka sangat suka berahsia. * Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. 8. Penyelesaian - Golongan ini adalah penyelesaian masalah. * Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. * Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. * Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. * Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon - Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. * Mereka sangat penyayang dan pemurah. * Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. * Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. * Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. * Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.

4 comments:

  1. nak kira tahi lalat x ble ke????? hahahahaaa...

    ReplyDelete
  2. wei, nk taw rahsia tarikh lahir kte....hehehhe

    ReplyDelete
  3. kira tarikh lahir akak ni 25hb Okt

    ReplyDelete
  4. sory sgt lama tk bkak blog..besday akak 25/10/1973 ea?? nombornye 1..2+5+1+0+1+9+7+3=28 28 tu kita kira cmni lak 2+8=10 so 1+0=1.....kena kira smpi la dpt 1 number jer..

    ReplyDelete